Wednesday, September 28, 2016

Semuanya Hanya Tinggal Kenangan.

27 September 2016 ; Tarikh keramat. Tarikh malang.

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo chingu(s),

Hehe ~ First of all, sori sangat-sangat sebab dah lama gila tak buka blog ni. Bila tengok balik, Allahu ! Level habuk tahap infiniti. Haha. Lols. Tahun depan nak spm taktau lagi kan. Huhu. Mintak maaf sesangat (lagi sekali) sebab dah lama tak buka benda alah ni. Haha. Aku syak ramai rindu, kan ? Haha. K. Boleh muntah hijau berjemaah dah. Haha. Biasa la. Aku tak selalu buka blog ni sebab well biasa la busy dengan sekolah. <<-- alasan cliche. Taruk emoji hidung bab1 gaiss. Haha. But serius, aku memang tak aktif pun bab-bab blog ni sebab yela dah ada WhatsApp, Twitter, Facebook, Tumblr, Webtoon, Wattpad, Wechat and more. Tu la sebabnya kenapa aku tak selalu buka blog. Hah. Marah lettuw. Kkraklu.

Okay, kita dah lari topik sangat dah ni. Haha. By the way, kenapa dengan tajuk entri kali ni ? Nampak sedih je ? Kenapa ya ? Well, aku rasa walaupun banyak benda sedih yang berlaku dalam hidup aku ni, namun tidak la sesedih yang ni. Sebab ? Allahu, aku sebenarnya malas la nak tulis ke cakap ke taip ke tapi bila tengok blog berhabuk, maka mike pun nak la bercerita. Haha. Biasa la, mulut buntut ayam bak kata Cikgu Zul. Hewhew. *insert a lot of buntut ayam's gifs* LOL~~~ Okay okay. Entah bila nak start bercerita ni Lee oi ? Haha. Nanti jap. Kita ambil mood luu. Haha.

Tapi aku punya warna pink (depan la) belakang warna hitam. Haha.

Okay. Nampak tak gambar apa kat atas tu ? Nampak tak ? Yes, Samsung Galaxy S4 atau lebih kepada handphone yang aku pakai dulu. Dulu ? Kenapa dulu ? Well, handphone tu memang lama dah jadi hak milik aku sejak akhir bulan lima lagi en. But, semalam je ia dah jadi milik orang lain dengan cara yang haram (aku rasa la. Malas nak menuduh). Kenapa cakap macam tu ? Sebabbbbbbbb. Handphone akuuuuuuu. DAHHHHHH. HIIIIILLLLAAAANNNGGGG !!!!!!!!!! *insert a lot of crying guling2 emojis* ALLAHU! HILANG DO HILANG! AKU TAKTAU LA NAK CAKAP LAGU MANA DAH NI. YA ALLA YA RABB !!!!! !@#$%^&*()_+_)(*&^$%^&*(_)(*&^

Acane boleh hilang ? Ate mike pun taktau acane boleh hilang. Allahu. Sumpah. Ni bukan sebab aku cuai ke pe tercicir ke dirampas ke pe but entah la weh. Sebab aku biasanya kalau bawak handphone pergi sekolah, aku konfem-konfem la pergi letak dekat tempat mak aku tu. Tup tup tup, PPPOOOOFFFF ! HILANGGG!!! Allahu sumpah aku memang biasa letak kat situ. Hari-hari lain aku letak kat situ but takde sape pun yang berani ambil. Hah ? So ? Memang terkejuz doo. Serius, gentle cakap weh. Nak kata terjatuh, aku taruk almari kott. Siap sorok lagi. Lagipun almari tu depan mata mak aku. Dia yang duduk situ doo. Allahu, aku taktau la apa nak jadi do. Memang serius gentle aku terkejut.
  
Sadlife.

Mula-mula aku pergi la bilik mak aku tu sebab nak ambil handphone la kan nak rakam aku berlakon masa English kami ada buat drama. Aku cari punya cari, takde ! Aku tanya mak aku, mak aku kata dia tak ambil. Aku dah rasa lain macam dah. Masa tu aku tak cari elok-elok sangat sebab masa tu takut cikgu marah pulak pergi keluar kelas lama-lama. Lepas je aku keluar dari situ, aku dah tak dapat tahan air mata dah. Aku menangis kott. Dah la masa tu ramai pulak orang jalan-jalan kat sekolah tu, ramai pulak yang keluar kelas. Bila nak masuk je kelas, muka semua orang risau. Eh apahal ni ? Tiba-tiba je menangis ? Allahu. Aku tak mampu nak kata apa dah. Aku menangis je kot. Sedih sangat. Allahu. Kome mana faham perasaan tu. Sedih betul. Ya Allah. apa salah aku ? T____T

Stay strong, dearself.

Satu hari tu aku takde mood. Tapi, haritu ada kena buat drama English for fun masa waktu matapelajaran English. And aku paksa diri aku senyum, positifkan diri ni and aku cuba buat kelakar macam diri aku yang biasa. Well, aku pakar kayy dalam bidang-bidang macam ni. Sebab aku kan BADUT je bagi kawan-kawan aku. Haha. Tapi harini, aku redha. Aku let go. Sampai bila nak sedih sebab handphone kan ? Aku cuba tabahkan and sabarkan diri aku. But susah beb susah. Bila tengok handphone samgsung kawan-kawan kita yang lain, teringat handphone aku. Apa la agaknya khabar handphone aku tu ? Hmm. Tapi aku pelik, handphone tu kalau jual pun tak laku. Serious talk. Sebab handphone tu dah calar-balar dah weh. Dah retak dah pecah dah pun dia punya screen protector. Depan warna pink, belakang warna hitam. Tak rasa macam dah buruk ke ? Tu empat generasi tau. Jangan main-main. 3 ke 4 tahun dah mak aku beli dulu.

Bila mengenangkan memang melinang gak air mata ni. Aku tak kisah dia ambil handphone tu, tapi masalahnya banyak memori tersimpan kat situ. Allahu. Tabahkan aku, Ya Allah. Aku hanya insan yang lemah sahaja.So, lepas ni, jadi la macam tahun-tahun sebelum ni. Aku pakai handphone mak aku kalau nak ws ke apa ke kan sebab handphone sendiri hilang. Doa-doakan supaya orang tu pulangkan kembali handphone tu. Aku redha. Aku tabah. Aku hanya mampu tunggu karma Allah je. Tunggu je balasan dari Allah. Sebab aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku hanya mampu berdoa je.*lotofloves*.

Annyeong ~~~~

Takde mood nak taruk gambar banyak sangat. *lap air mata**hingus macam sungai amazon*. Kcau. Huhu ~

No comments:

Post a Comment