Sunday, June 11, 2017

Slump.



Assalamualaikum and hello ebelibadeyy ~ long time no see ~ hahaha. Berhabuk gila blog ni bila aku tengok huhu. Nak update malas, nak edit lagi la malas. Makanya, kita berhuhu je la ye. Sebenarnya, aku terdetik nak post pun sebab hm aku rasa macam aku tak jadi diri aku sendiri kot. Aku rasa macam tahun ni aku malas gila. Please la rajin wahai diri, SPM lagi berapa hari je. Trial lagi la. Sedar please. That's it. Aku just nak beritahu diri aku yang macam malas sangat2. Dah macam atlet or penulis yang tengah lalui fasa "slump". Fasa di mana kau rasa tiada motivasi dalam diri, fasa di mana kau makin malas hah macam tu la aku rasa.

Gentle weh lepas aku tengok result tengah tahun aku hmph rasa menyesal, rasa nak nangis pun ada :") Ada yang menaik dan ada yang menurun. Mendadak pulak tu. Fuhh, so please somebody give me tips nak study yang kosisten sebab aku ni jenis yang tak istiqomah orangnya huhu. Gentle banyak menurun. Gentle teruk weh. Ai kennot gaiss. Aku malu do. Gentle rasa macam nak lari dari sini sebab malu dengan semua orang. Kawan-kawan aku dah la semua pandai-pandai. Even depa kata depa main-main pun, result gempak jugerr. Lain la aku ni. Main-main aku memang betul-betul main-main hah gitu. Aku rasa makbapak aku mesti kecewa hm cikgu-cikgu pun.



So, gaiss aku cuba nak ubah diri aku yang tengah "slump" ni. Siapa-siapa boleh tolong, please beritahu cara nak belajar dengan istiqomah dan jadual belajar yang bagus. Aku tahu nampak macam dah terlambat but tak salahkan kita mencuba ? Dan aku pun takmau la target tinggi-tinggi untuk SPM kalini. Cukup la boleh kasi makbapak aku tak membebel dan tidaklah memalukan sekolah or family. Kiranya macam atas sikit or atas lagi sikit daripada cukup-cukup makan lagi-lagi dalam math and addmath. Gentle aku lemah gila kalau bab-bab mengira ni hm ")

Akaun aku pun nasib la tak teruk sangat so boleh baiki. Subjek-subjek membaca yang senang skor pun takleh dapat A sebab tu la aku malas sangat. So, lepasni aku harap kau akan lebih rajin wahai diri. Ingat la segala macam benda yang ibuayah dah korbankan untuk kau selama 17 tahun ni please weh sedar ")



Lepas ni aku akan cuba jaga hubungan aku dengan ibu and ayah. Aku akan cuba untuk tidak menjawab atau membantah atau memberontak cakap mereka walaupun pada aku ia salah. Fuhh, dengan cikgu pun kena jaga jugak dengan kawan pun. Lepas ni aku akan cuba lebih menghormati ibuayah, cikgu dan kawan-kawan. Aku harap la aku dapat buat hmhmhm tapi sebenarnya paling penting sekali hubungan dengan ALLAH tu gentle penting. Aku harap aku akan elakkan diri aku dari terlalu bergantung pada-Nya tanpa usaha dan cari Dia waktu susah je. Fighthing dearself ! ~

Jadi gaiss kalau ada tip-tip yang bagus untuk aku please rekomen dekat seksyen komen okay sebab i think i need that tips for me to motivate myself. I need to force myself for a better future. So aku harap kerjasama kome la ye :* (walaupun aku tahu takde siapa pun baca post ni dan pembaca blog aku pun berapa orang je but miracle can happen, right ?)



Oh, sebelum tu, ini dia hah maksud slump tu. Dia ada banyak maksud for actually but ini biasanya untuk atlet or orang yang bekerjaya gitu.

In sports, a slump is a period when player or team is not performing well or up to expectations. It is essentially a dry spell or drought, though it is often misused to define a player's decline that is natural during their career.







So, itu je kot. Haha. Macam pendek je kan. Bye. Assalamualaikum ~



Wednesday, March 8, 2017

Hujan.





Ketika aku sedang memandang di luar jendela,
Hujan mulai turun,
Dengan malu-malu, renyai-renyai,
Lama-kelamaan,
Hujan sudah menunjukkan belangnya,
Turun dengan lebat selebatnya,
Diikuti oleh irama guruh, petir dan kilat yang bagaikan menari yang sangat membingitkan,
Membuatkan bulu romaku tegak ketakutan,
Namun, aku masih juga berdiri di jendela,
Memerhatikan hujan turun.


Tatkala aku melihatmu wahai hujan,
Aku dapat rasakan betapa sunyinya dirimu ini,
Kau ada kilat, guruh dan petir menemani,
Kau ada awan kolumbus setia menemanimu,
Namun,
Kau tetap sunyi,
Mengapa ? Mengapa hati ini rasa sunyi ? Rasa kosong ?
Aku bertanya pada diri ini,
Adakah hujan yang sunyi ataupun diri ini ?
Aku punya ramai kawan dan sahabat.
Namun,
Mengapa aku masih sunyi ? Masih lagi kosong ?

Jawapannya ada,
Namun, kau kena cari sendiri,
Ia ada di depan matamu, di dalam hatimu,
Kau hanya perlu mengadu pada-Nya,
Pada Tuhan kita, Allah.
Dan waktu itu, kau akan tahu mengapa kau sunyi.
Aku cuba lap air mata ini,
Dan pergi berlari ke arah hujan,
Sambil menari,
Aku suka hujan.
Getus hati kecilku :)

PLUVIOPHILE
(n) a lover of rain, someone who finds joy and peace of mind during rainy days.

Sunday, January 29, 2017

Cinta.




Cinta,
Cinta itu suci,
Cinta itu juga indah,
Cinta yand dicurah oleh dia,
Cinta itu dirasakan ikhlas olehmu,
Cinta itu segalanya,
Tanpa cinta, siapalah aku,
Jerit hati kecilnya.

Namun,
Dia tidak tahu,
Cinta itu bahaya,
Cinta itu juga menakutkan,
Cinta yang ditolak oleh dia,
Cinta itu memusnahkan dirimu,
Cinta itu merobek hatimu,
Tanpa belas kasihan,

Di masa itu,
Baru kau tahu,
Cinta manusia bukan segalanya,
Cinta Yang Maha Esa selamanya.


Sunday, January 1, 2017

Goodbye 2016. Hello 2017 ♥️


Happy New Year 2017 !
Assalamualaikum and annyeonghaseyo ebelibadi. Harini aku saja ja nak post for the first time in 2017 ~ Yeay dah masuk tahun baru. Alhamdullilah. Pelbagai perasaan aku tengah rasa sekarang ni. Gembira, seronok, sedih, takut, risau dan banyak lagi la (but tu takut and risau paling banyak ah lol). Heheheehe by the way, HAPPY NEW YEAR EVERYONEEEEEEE !!!!!!!!! Already said goodbye to 2016 ad gonna say hi 2017 ! ~ Damnn, cepat betul masa ni berlalu kan gaiss. Hahahaha. Sebenarnya nak buat puisi or sajak je harini but takde idea la gaiss huhu. Makanya, kita post hari lain yakk bila ada mood, kayy ? Mwah ~ Well, memang perasaan aku sekarang ni bercampur-baur mung tau dok huhu. Entah la nak. Haha. Meh shini, dengar FS/opah cerita meh asal bercampur-baur. Dah macam rojak kau tau hahahaha. K. Hambar. Lol


Goodbye 2016, Hi 2017
Sebenarnya, aku memang sayang sangat nak tinggalkan tahun 2016 ni. Tak puas la nak honeymoon lagi hahahahahaha. Shiot ah mung ni~ Lol. Memula memang fikir 2016 ni memang tahun yg paling teruk gak la sebab tinggal fon, menyesal masuk kelas holistik, geng semua pindah sekolah. Banyak la yg buruk. Tapi, yang baik pun banyak jugak. Sebab kan bila aku form 4 ni, aku makin berani dan taktahu malu. And aku ada la jugak banyak kumpul sijil. Lol. Masuk forum, masuk teater, pergi kem ex dhres, macam-macam lagi. Rasa sayang sangat nak tinggalkan. Rasa larat sangat. Duh. Rasa sedih semua ada la. Damn. Tahun ni razacq (ajak) and syirazil (syira/syisyi) pindah sekolah sebab tu la buat hal kan. Huhu. Deme dah la penyeri kelas kami yang terlebih bising and sporting tu. Nasib ajik tak jadi pindah sebab dia dapat asrama sini. Kalau dok, hmm sunyi la. Kalau faiz pindah lagi la. Lol. Banyak sangat memori 2016 ni sampai nak senarai satu2 kang patah lak tangan aku yg chumel ni. K. Haha. *peluh keluar dahi**mereciks bak kata wak doyok oppa lol*



Gambar ni kalau tak nampak boleh tekan ye ? <33
SPM, please be nice tu me. Please, im begging you. Please :'((
Damn. Aku suka 2016 sebab beban aku tak banyak sangat. Tahun ni, 2017, gentle banyak gila beban aku kena pegang. Beban apa ? Iaitu SPM (result and ke mana aku pergi selepas ni). Sebenarnya, jujur aku cakap, memang aku tak sedia langsung sepanjnag cuti sebulan ni. Teruk, kan ? Sekadar jadi curator for subjek Perdagangan je kat twitter apa cer ? Huhu. But, at least ada study sikit lol. Subjek yg paling aku takut of course subjek ADDMATH, PRINSIP PERAKAUNAN and MATEMATIK. Damn. Sebab subjek ni aku selalu gagal/lulus cukup-cukup makan (addmath belum lagi la capai tahap lulus tu) *air mata keluar perlahan-lahan**hingus membanjiri muka**tipu je :p*. Target untuk SPM ni aku just target beshe-beshe je doo. Tak mampu la sampai nak 10A+ la 9a+ la apa la. Nope. Aku tak mampu. Mungkin kome akan cakap, "Alaa, belum cuba, belum tahu pah". But nope, nope and nope. Bukan apa. Aku takut nanti bila aku target over-over bagai nanti kalau tak sampai target tu, aku akan kecewa, down, depress, stress and seangkatan dengannya. Faham dok ? Target aku bape ? Ehem. Emmm... Cukup la 4A or 5A and subjek yang aku tak yakin tu at least paling kureng D ke? Huhu. Rendah kan. Macam orang yang takde motivation langsung. Sedih kan life aku ni hmhmhm. But aku akan cuba la stay positif supaya stress level tak tinggi. Karang masuk sepital mental, takde sape kenal aku semua takut sebab aku jadi gila sebab spm je. But not impossible kan? Hmm.

If you want 2017 to be your year, then make it. Be active, set new goals every week, eliminate negativity, smile often, and show gratitude.
Cakap pasal tahun baru ni, mesti kena tanya azam, right ? Ni bukan azzam idola kecil session 2 tu tau *lol* (kome kenal ke? Haha). But, azam/ target kome untuk tahun 2017 ni. Ada yang dah semangat dah tulis azam awal-awal ? Well, azam aku senang je. Azam aku adalah penuhkan azam lists aku dari tahun-tahun sebelum ni. Ada je yang aku rasa gila and tak matang but kadang-kadang mahu jugak jadi berbeza dari yang lain kan? Peduli apa orang nak kata kalau kau berbeza dari orang lain. It's okay. It;s yourself. Your choice, not them ;) eceh pah acahnyaaa hahahahaah *gelak guling-guling**pineapple apple pen lol tetiba**abaikan plshh*. Actually, azam aku sama je setiap tahun. (maybe?) bergantung pada tahap kematangan dan mana tau time aku tulis azam tu tetiba high tanpa sebab atau punca ? Lol *acah**haha*
1. Cuba menjadi seorang Hamba yang setia dan taat kepada Tuhan-Nya. (NI PALING PENTINGG!!) :')2. Solat lima waktu sehari semalam dan tak lengah-lengahkan solat (kalau terlupa, qada' cepat-cepat) :')
3. Taat pada ibu bapa and cuba jangan melawan kata atau memberontak. Jangan cuba jadi derhaka :')
4. Buang penyakit M aka MALAS!!!
5. Belajar sungguh-sungguh. Banggakan ibu dan ayah. Sebelum mereka atau aku yg tutup mata :')
6. Menjadi seorang kawan dan adik/kakak yang baik dan boleh membimbing kawan2 dan adik-beradik ke syurga :')
7. Belikan ibu ayah kereta/rumah/apa-apa je mereka nak and bawak mereka pergi haji dan umrah bersama-sama (kalau sempat in shaa allah) :')
8. Dapat masuk ke menara gading dan dapat kerja yang elok dan halal ;')
9. Kahwin lol opkos and pastikan bagi at least satu cucu dekat parents haha xD
10. Pergi travel satu dunia (doakan duit aku banyak haha) <3
11. Jumpa at least sorang artis yang diminati (sebelum deme kerepot lol) ;p
12. LAST SEKALI BUT PENTING, JADI MANUSIA YANG BERGUNA KEPADA DUNIA, NEGARA DAN MASYARAKAT AND BERJAYA DUNIA AKHIRAT IN SHAA ALLAH (DON'T NEED MONEY BUT HUMANITY)
13. THIS PUN IMPORTANT GAK. BUAT CHARITY OR LANCARKAN KEMPEN ALAM SEKITAR/TOLONG ORANG YG KESUSAHAN SUCH AS HOMELESS, MANGSA PERANG ETC.
14. Moga azam-azam/cita-cita/impian-impian di atas dapat dilaksanakan tak kira apa pun yang berlaku. Usaha tangga kejayaan (:
So, ni azam aku. Azam kome acane plak ? Actually, ni azam spontan je. On the spot aku tulis. Mungkin aku akan tambah dalam kepala otak aku supaya aku ingat. Azam biar la elok-elok sikit ye gaiss jangan mintak bebukan nak bela beruang la nak bela naga la nak jadi goku macam-macam. Hahaha xx. Ia mungkin ambik masa yang lama (sebab azam aku ni macam wishlist aku sendiri gak kan haha). Mungkin bukan tahun ni, mungkin 10 tahun akan datang. Takpe, aku expert dalam bab tunggu-menunggu ni. Hehe. Okay la, sekian saja dari saya. Buhbye ~ Sayang kome :**


Bye ~
By the way, bagi sape-sape yang mengenali saya. Maafkan la kesilapan saya yang saya pernah lakukan kepada anda semua yang mengenali saya. Sama ada kecil atau besar dan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Segala yang baik datangnya dari Allah. Mintak maaf banyak-banyak ye gaiss dari hujung rambut sampai hujung kaki. Xoxo, Fatin Lee ❤️❤️