Tuesday, October 18, 2016

Badut.


Badut by Fatin Sharihah.

Badut,
Kau kulihat sungguh gembira,
Melayan kerenah anak-anak kecil di kelilingmu,
Kau menghiburkan,
Kau menggembirakan kami,
Oh badut.
Yang sentiasa tersenyum,
Menghiburkan orang lain,
Membuatkan mereka lupa,
Kau juga punya perasaan,
Kau juga boleh bersedih,
Kau juga boleh menangis,
Dan kau juga boleh mengeluh,
Sama seperti mereka.

Namun,
Apa yang mereka tahu,
Di waktu malam,
Kedengaran suara tangisan syahdu,
Yang bisa meremangkan sesiapa,
Namun,
Apa yang mereka tahu,
Mereka tidak tahu,
Yang engkaulah yang sedang menangis itu,
Engkaulah yang meraung kesedihan,
Memikirkan nasib diri,
Oh badut,
Di waktu siang kau gembira,
Di waktu malam engkau sedih,
Bertabahlah badut.



Oh badut,
Apakah mereka tahu,
Bahawa kau di sini sedang kesedihan,
Ketakutan, kegelisahan ?
Adakah mereka tahu ?
Yang mereka tahu,
Hanyalah perasaan mereka sendiri,
Kerana mereka merasakan yang engkau gembira,
Sangat gembira dengan hidup kau,
Dan mereka lupa lagi,
Yang kau juga punya hati dan perasaan,
Sama seperti mereka,
Apakan daya,
Itulah tugas seorang badut,
Untuk menghiburkan orang lain dan diri sendiri.

Badut,
Aku mahu meminta maaf,
Atas kekhilafan aku,
Kerna aku lah,
Yang menjadikan diri aku sendiri,
Sepertimu,
Yang hanya tahu bergembira di depan orang,
Namun,
Tiada siapa pun yang tahu,
Betapa sakitnya,
Pedihnya, takutnya, gelisahnya,
Hati ini,
Maafkan aku,
Kerna aku telah menjadi seorang badut,
Kepada diriku dan orang lain.